Caution: JavaScript execution is disabled in your browser or for this website. You may not be able to answer all questions in this survey. Please, verify your browser parameters.

PENYELIDIKAN ANTARABANGSA iCARE – KAJIAN 5

Kami adalah sekumpulan penyelidik-penyelidik yang terdiri dari sekurang-kurang 150 orang daripada 40 negara. Penyelidik utama adalah Profesor Kim Lavoie (PhD) dan Simon Bacon (PhD), Pengarah Pusat Perubatan Tingkahlaku Montreal (MBMC) di Montreal, Kanada

Kami berharap dapat memahami tentang tahap Kesedaran, Sikap, Kepercayaan, dan Tingkah laku orang-ramai di seluruh dunia, tentang COVID-19 – yang juga dikenali sebagai coronavirus atau novel coronavirus.

Kami juga ingin tahu bagaimana pandemic ini mempengaruhi pelbagai aspek kehidupan seharian orang-ramai. Jadi, kami memohon orang-ramai  dari seluruh negara untuk mengisi kajian ini.  Kami berharap mendapat pelbagai pandangan yang luas; oleh itu, sesiapa sahaja boleh melengkapkan kaji selidik ini, tidak kira apa umur anda, jantina, atau latar belakangnya

Kaji selidik ini akan memerlukan kira-kira 20 minit untuk selesai. Sila pastikan anda memberi masa yang cukup untuk melengkapkannya, kerana anda tidak boleh menyimpan borang kajian dan kembali kepadanya kemudian.

Kami tidak akan mengumpul apa-apa maklumat pribadi yang boleh gunakan untuk mengenal pasti anda. Jawapan/respons anda kekal tanpa mendedahkan nama anda.  Anda bebas untuk menarik-diri pada bila-bila masa dan boleh memilih untuk tidak menjawab sebarang soalan khusus. Dimaklumkan bahawa, tiada ada risiko yang berkaitan dengan penyertaan anda dalam kajian ini. 

Semua data akan dikumpul untuk disimpan dengan selamat di-pelayan Universiti Quebec di Montreal (Kanada) iaitu ‘server’ yang menghoskan perisian pengumpulan data kami selama 10 tahun.

Kami menghormati perjanjian perkongsian data antarabangsa yang disokong oleh Fonds de la Recherche du Québec; jadi, data dari kajian ini boleh diakses oleh pengkaji. Semua salinan data kajian ini akan disimpan dengan selamat dengan ‘kata laluan pelayan’ yang dilindungi dan hanya boleh diakses oleh individu yang dibenarkan.

Keputusan utama dari kajian ini akan disiarkan di laman web kajian utama kami (iaitu  www.mbmc-cmcm.ca/covid19), di mana semua orang akan dapat mengaksesnya.  Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai kajian ini, sila hubungi kami melalui e-mel projek kami: covid19study@mbmc-cmcm.ca.

Kajian ini telah diluluskan oleh Jawatankuasa Etika Penyelidikan CIUSSS-NIM (Pusat intégré universitaire de Santé et de Services sociaux du Nord de l'Île de Montréal: https://www.ciusssnordmtl.ca/)  dimana  penyiasat utama, Profesor Kim Lavoie dan Simon Bacon bersetuju untuk mengikut butiran yang disertakan dalam borang maklumat ini.

Bila menjawab kajian ini, sila ingat bahawa:

  • Tanda merah (*) akan muncul di sebelah soalan wajib (perlu dijawab). Jika anda tidak mahu menjawab soalan wajib, sila klik "saya tidak tahu/saya lebih suka untuk tidak menjawab" untuk meneruskan kajian.
  • Jika anda mengalami masalah paparan semasa tinjauan ini, sila cuba pelayar web yang lain (seperti Moxila).

Jika anda bersetuju untuk menyertai, sila klik pada "Seterusnya”.